SEJARAH SEK KEB. ORANGKAYA ALI, MUAR
Sejarah awalnya,
sekolah ini telah didirikan pada akhir tahun 1890-an di Sungai Balang
yang merupakan hanya sebuah pondok. Mengikut cerita penduduk tempatan, pada tahun 1900 ia dipindahkan ke Kampung Sungai Resik kira-kira 2 kilometer dari Sungai Balang. Perpindahan tapak sekolah ini kerana asalnya merupakan tapak tumpangan dan kawasannya tidak luas yang dimiliki oleh Orangkaya Ali. Kesedaran penduduk tempatan akan pendidikan telah mencetuskan ilham untuk mendirikan sekolah rakyat. Pada tahun 1927 sebuah sekolah yang bangunannya lebih terancang didirikan. Tanah sekolah telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1929 seluas 1 ekar 3 rod dan 7 pol. Jumlah murid bertambah dari masa ke semasa dan sebuah bangunan dua tingkat didirikan pada tahun 1971 di atas tanah kurniaan Kerajaan Persekutuan. Bangunan ini menjadi bangunan utama sekolah. Bangunan ini mengandungi lapan bilik darjah.
Untuk
menjamin keselamatan warganya, kerajaan telah mendirikan pagar di sekeliling
kawasan sekolah pada tahun 1981. Pada tahun 1982 sebuah bangunan yang dibina
pada
tahun 1927 telah dirobohkan kerana tidak begitu selamat untuk digunakan.
Nama
asal sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Balang. Setelah dirasmikan
pada tahun 1975 oleh YAB Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat
Tan Sri
Haji Othman bin Saat, namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali
sempena nama pengasas sekolah ini yang telah ditubuhkan pada 1957.
Hasil
permuafakatan yang erat antara warga sekolah dengan penduduk
setempat pada
tahun 1987, sebuah bangunan telah didirikan secara bergotong-royong
dengan
kos RM 50,000.00. bangunan ini menempatkan Bilik Guru, Pusat Sumber,
Bilik
Kemahiran Hidup dan Perpustakaan.
Sifat
keprihatinan Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan sebidang
tanah lagi
untuk membina Pusat Kegiatan Guru (PKG). Kemudahan yang ada
telah
menggalakkan pertambahan murid yang mengakibatkan sekolah ini dinaikkan
taraf
ke sekolah ‘Gred A’ pada tahun 1994.
Adalah
menjadi harapan kami agar sekolah ini terus maju dan dapat melahirkan a
nak
didik yang memenuhi aspirasi dan wawasan negara.
|
||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
PENGENALAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment